Monday 19 September 2011

PANGKAT-PANGKAT DALAM MONAVIE DAN GANJARAN

Berikut ini disediakan maklumat mengenai pangkat-pangkat yang disediakan untuk membolehkan para pengedar MONAVIE mengukur pencapaiannya dan seterusnya pendapatan yang akan dinikmatinya.

STAR 
USD 0-USD 681 (RM0-RM2,179) seminggu
Pengedar itu mestilah aktif  dan mempunyai dua orang pengedar yang ditaja sendiri yang aktif ...  satu disebelah kanan dan satu disebelah kiri.

pemberian taraf ini diberikan kerana volum mingguan dikaki lemah tidak mencapai 500pv sedangkan PV terkumpul sehingga minggu berkenaan membolehkannya menerima bonus.


STAR 500 
USD50-USD1,000 (RM160-RM3,200) seminggu
Terdapat pv semasa 500 GV di kaki yang lemah dalam masa seminggu.

STAR 1000
USD100-USD1,000 (RM320-RM3,200) seminggu
Terdapat pv semasa 1000 GV di kaki yang lemah dalam masa seminggu



EXECUTIVE RANKS
Executive ranks hanya akan dicapai apabila seseorang pengedar itu mencapai PV 2000 keatas dan pada masa yang sama mestilah ada "Direct Sponsor" anda yang mencapai status STAR 500 keatas pada minggu berkenaan.



1. BRONZE
USD200-USD1,000 (RM640-RM3,200) seminggu
2000 GV di kaki yang lemah dalam masa seminggu 
"Direct Sponsor"  STAR 500 keatas yang perlu ada:    SATU STAR 500 


2. SILVER
USD300-USD1,500 (RM960-RM4800) seminggu
3,000 GV di kaki lemah dalam masa seminggu 
Syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas: DUA 


3. GOLD
USD500-USD2,500 (RM1,600-RM8,000) seminggu
5,000 GV di kaki yang lemah dalam masa seminggu 
Syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas:   tiga 




EXECUTIVE ELITE RANKS


4. RUBY

USD1,000-USD5,000 (RM3,200-RM16,000) seminggu
10,000 GV untuk dua minggu berturut-turut di kaki yang lemah 
syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas:   empat




  • Ganjaran Tahunan : Sebagai seorang MonaVie Ruby yang baru, anda akan diterbangkan ke Midway Utah untuk latihan, jaringan, dan juga keseronokan di Zermatt Resort yang tersohor.
Headquarters MonaVie di Utah USA
5. EMERALD
USD1,500-USD7,500 (RM4,800-RM24,000) seminggu
15,000 GV untuk dua minggu berturut-turut di kaki yang lemah 
syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas:  Lima 



6. DIAMOND
USD2,000-USD10,000 (RM6,400-RM32,000) seminggu
20,000 GV untuk tiga minggu berturut-turut di kaki yang lemah 
syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas:   enam



  • Ganjaran Tahunan : MonaVie Diamond yang berkelayakan akan menikmati keindahan pantai, ombak, terikan suria dalam perjalanan yang dibayar sepenuhnya untuk dua orang ke Grand Wailea Resort, di Maui, Hawaii.
Grand Wailea Resort Maui Hawaii
7. BLUE DIAMOND
USD2,500-USD20,000 (RM8,000-RM64,000) seminggu
25,000 GV untuk empat minggu berturut-turut di kaki yang lemah 
syarat minimum "Direct Sponsor"  STAR 500 keatas:   tujuh 




8. HAWAIIAN  BLUE DIAMOND
USD4,544-USD25,000 (RM14,540-RM80,000) seminggu
75,000 GV untuk empat minggu berturut-turut dari jumlah volum kaki-kaki tajaan yang tidak melebihi 25,000 GV datang dari setiap satu kaki.




EXECUTIVE PREMIER RANKS

9. BLACK  DIAMOND
USD6,505-USD101,761 (RM20,816-RM325,635) seminggu
150,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 50,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk empat minggu berturut-turut.

  • Memperolehi lagi pusat perniagaan.
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • New Black Mercedes SL550 tajaan Monavie.
  • Cincin Black Diamond (lelaki) dan loket (perempuan)
  • Dokumentari peribadi Black Diamond pilihan sendiri.
Mercedes SL550 kepada Semua MonaVie Black Diamond
 
10. Royal Black Diamond
USD28,483-USD134,517 (RM91,145-RM430,454) seminggu
300,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 75,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk empat minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD100,000 (RM320,000).
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) beserta tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Hari MonaVie: memberi laluan permaidani kepada achiever - mendapat penerbangan kelas pertama ke U.S dan menaiki Jet MonaVie untuk terbang ke Salt Lake City, Utah, untuk hari rasmi anda di ibu pejabat MonaVie.
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.
Zermatt Resort (Midway, Utah)

11. Presidental Black Diamond
500,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 100,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk empat minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD300,000 (RM960,000).
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) beserta tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Penginapan untuk lima malam di Atlantis Resort (Bahamas) di MonaVie Reef Tower Penthouse. Penerbangan kelas pertama untuk dua orang disediakan.
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.


12. Imperial Black Diamond
750,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 125,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk empat minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD600,000 (RM1,920,000).
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) beserta tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Pengembaraan yang hebat di laut Mediterranean dengan pelayaran di atas bot yang mewah.
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.


13. Crowne Black Diamond
1,050,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 150,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk enam dari lapan minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD1,000,000 (RM3,200,000).
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) dengan tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Dokumentari Black Diamond pilihan sendiri yang kedua.
  • Program Kereta Eksotik MonaVie dengan kerjasama DuPont Registary - pilih kereta idaman anda (Lamborghini, Ferrari, Maserrati, Rolls-Royce, atau Bently).
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.


Steve Merrit dan isteri Gina Merrit Crowne Black Diamond



14. Double Crowne Black Diamond
1,400,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 175,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian untuk enam dari lapan minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD2,000,000 (RM6,400,000)
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) dengan tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Perjalanan lima bintang ke mana-mana satu dari lima tempat eksotik (South Africa, Sungai Rhine, Switzerland, China, atau Scotland).
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.
Double Crowne Black Diamond Brig dan Lita Hart.


15. Triple Crowne Black Diamond
1,800,000 GV dari volum rangkaian dimana tidak melebihi 200,000 GV datang dari mana-mana satu rangkaian tunggal untuk enam dari lapan minggu berturut-turut.

  • Hadiah Tunai USD3,000,000 (RM9,600,000).
  • Layak menyertai MonaVie Leadership Pool.
  • Penginapan di Zermatt Resort (Midway, Utah) dengan tiga bilik tidur di MonaVie Chateau Villa.
  • Layak menyertai program MonaVie Jet Credit.
  • Pengembaraan angkasaraya- MonaVie membawa anda keluar dari bumi ini.
Penerbangan Ke Angkasa Lepas bersama Virgin Galactic
Tajaan Penuh Monavie melibatkan kos USD2juta (RM6.4juta) seorang.

KENAPA ANDA DIPELAWA MENYERTAI MONAVIE?

Anda adalah dipelawa menyertai MONAVIE 

A. UNTUK PEMBELIAN PRODUK KESIHATAN YANG BEGITU BERKESAN

untuk membolehkan  anda membeli produk kesihatan yang begitu berkesan dan ternyata telah membantu penyembuhan begitu ramai pesakit-pesakit kronik yang sebelum ini dikatakan tiada harapan untuk sembuh.


B. UNTUK MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN
Dengan menyertai MONAVIE sebagai ahli yang bergiat aktif, pastinya ianya memberi peluang kepada anda  untuk menjana pendapatan lumayan yang anda tetapkan sendiri untuk anda capai. Ianya begitu berkesan sekali dan pencapaiannya sudah tentu bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang anda laksanakan dan cara yang anda laksanakan.


Oleh itu sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan pendapatan mingguan yang lumayan, maka anda perlulah bertindak segera dengan menyertai kami dan seterusnya menggerakkan aktiviti-aktiviti yang perlu anda lakukan dalam industri ini. Bertindaklah sekarang dan sertailah kami sekarang ini. Semakin lambat anda menyertai kami, semakin ramailah rakan dan keluarga anda menjadi ahli rangkaian dibawah orang lain dan  semakin hebatlah persaingan yang akan anda terpaksa lalui. 

Oleh itu masa yang tepat untuk anda menyertai MONAVIE adalah sekarang ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi.

Apatah lagi Malaysia telah terpilih sebagai salah satu negara awal dimana MONAVIE menubuhkan pejabat operasi jualannya, sedangkan pada kebiasaannya syarikat-syarikat MLM hanya melancarkan produk mereka di Malaysia sebagai negara terakhir dan telahpun melancarkan produk produk mereka ke kebanyakkan negara lain. Jadi apabila ianya di lancarkan di Malaysia, pengedar pengedar syarikat-syarikat MLM sebelum ini  di Malaysia hanya berpeluang untuk menerokai pasaran di di Malaysia  sahaja.

Berlainan pula dengan Monavie, oleh kerana  Monavie telahpun menjalankan perniagaannnya disini, maka pengedar pengedar di Malaysia berpeluang  untuk menerokai pasaran pasaran antarabangsa seperti China, India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan lain-lain negara  apabila Monavie berhajat untuk memasuki pasaran tersebut. 

Berikut ini adalah sebab-sebab anda perlu menyertai monavie untuk membolehkan anda menjana pendapatan lumayan adalah seperti berikut:

1. INDUSTRI NETWORKING - dimana hasil yang akan anda nikmati bukan hanya dari hasil usaha anda berseorangan atau usaha anda sahaja tetapi juga hasil dari usaha upline-upline anda dan hasil usaha rangkaian yang anda taja. Semakin lama anda berusaha membesarkan rangkaian anda, semakin banyaklah pendapatan yang akan anda terima.


50 Tahun Dahulu terdapat 40 juta orang menyertai Network Marketing. 5 Tahun Dari Sekarang dijangkakan 200 juta orang akan  menyertai Network Marketing. Peningkatan ini adalah kerana Network Marketing  merupakan kaedah yang paling mudah bagi seseorang itu (orang biasa)  menjadi jutawan kerana ianya tidak mempunyai keperluan modal yang banyak, kemahiran yang tinggi, kelulusan akademik, mempunyai ramai kenalan dari kalangan orang-orang yang berkuasa dan sebagainya. 


2. BERPELUANG MENJANA PENDAPATAN DARI SELURUH DUNIA.
Melalui Network Marketing, anda berpeluang menjana pendapatan anda dari seluruh dunia  melalui jaringan anda yang akan berkembang ke negara-negara lain. Dalam kes jus monavie malaysia, melalui  pendaftaran hanya RM60, anda berpeluang menjual dan menaja orang di seluruh dunia melalui penajaan yang boleh dilakukan melalui internet dan terdapatnya emigrasi warganegara asing kenegara ini dan dan immigrasi rakyat negara ini kenegara-negara lain untuk belajar, bekerja dan sebagainya. 

Tambahan pula Malaysia adalah salah satu negara terawal dan sekiranya ada diantara business partner kita menaja downline yang belajar atau bekerja dinegara-negara berkenaan seperti USA, UK, Canada, Australia, dll negara maka pastinya kita akan  turut menikmati hasilnya.

Ingatkah anda majoriti penduduk dunia terdapat di asia?
China(Populasi tertinggi di dunia)
India(Kedua tertinggi)
Indonesia(Ketiga tertinggi)
dan faktanya Monavie belum lagi memasukki negara-negara berkenaan. Bukankah ianya merupakan peluang untuk anda menikmati pendapatan yang amat lumayan sekiranya ada diantara business partner anda menaja ahli-ahli dari negara-negara berkenaan?

Apatah lagi dengan situasi di Malaysia yang sungguh  istimewa dimana terdapat terdapat 3 kaum yang membentuk populasi dunia yang paling ramai didunia iaitu keturuna China, India dan Melayu secara serentak, maka pastinya ahli-ahli dari keturunan Cina di sini akan menaja ahli-ahli dari  negara China, manakala ahli-ahli keturunan kaum India akan melebarkan sayap penajaannya ke India dan manakala ahliahli yang bercakap mengunakan bahasa Melayu pula kan mengembangkannya ke Indonesia, Brunei dan lain-lain….

Ingatlah sekarang ini, di Lembah Klang saja ada lebih dua juta foreigner! Jadi ambillah kesempatan itu untuk menjana pendapatan yang anda inginkan!

3. BOLEH BERMULA DENGAN MODAL YANG KECIL DAN  TIDAK PERLUKAN  MODAL BESAR
Anda hanya boleh memilih untuk memulakan perniagaan anda dengan hanya membayar yuran dan pembelian satu kotak monavie sahaja ataupun dengan cara membuat pembelian dua kotak moanvie. Ianya bermakna modal permulaan anda tidak melehi dari RM790.00

4. DENGAN MEMULAKAN PERNIAGAAN INI ANDA TIDAK PERLU MENANGGUNG RISIKO KERUGIAN ATAS PELABURAN ANDA.
Ini adalah kerana produk monavie begitu berkesan untuk membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi dan setakat ini tiada ahli baru yang meminta upline untuk membeli balik pembelian monavie yang mereka lakukan.

5. MONAVIE TIDAK MENGGUNAKAN DEFAULT SYSTEM UNTUK  MEWAJIBKAN AHLI-AHLI MEMBUAT PEMBELIAN AUTOSHIP.
Ianya tidak seperti sesetengah syarikat itu menggunakan default system (pembelian autoship)  yang menyebabkan begitu ramai ahli-ahli yang menyertainya merasa menyesal kerana duit mereka dipotong secara automatik tanpa mereka sedari untuk pembelian yang tidak diperlukan.


6. MONAVIE ADALAH SYARIKAT PELOPOR YANG MEMPERKENALKAN KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN BERASASKAN BUAH-BUAHAN

Maka dengan itu, setiap produk yang berasaskan buah-buahan pastinya akan dibandingkan dengan jus monavie terutamanya dari segi bilangan jenis-jenis buaha-buahan dan kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan produk. (Pengiktirafan sebagai pencipta dan pelopor ).

Sebenarnya setiap syarikat pelopor menikmati kelebihan berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang meniru mereka. Ini adalah kerana ianya sudah tertanam dalam minda orang ramai untuk mengaitkan sesuatu perkara itu dengan syarikat pelopor.  Contohnya

Maggi mee - produk mi segera
KFC-  produk ayam goreng
Mc Donald - pelopor  burger
Luxor -Jeli Gamat
Elken- R.O Water
Tupperware - bekas plastik
Smart Naco= susu Igg


Forever Living= Aloe Vera
” Untuk renungan kita bersama, pada tahun 1978, Forever Living adalah pengedar produk aloe vera yang tunggal, sehingga hari ini masih berkembang di 105 negara, jual;an tahunan mencecah USD$ 1 Billion. Ini menunjukkan bahawa sebagai orang yang terawal memperkenalkan produk jus kita akan berjaya dan boleh bertahan lama, kerana kita yang memulakan gelombang ini. “

CNI=Kopi Ginseng
Selepas CNI memperkenalkan Kopi Ginseng,  maka pelbagai syarikat  lain turut mengeluarkan produk Kopi Ginseng  seperti Kopi Ginseng Jantan, Kopi Ginseng Ali dan sebagainya. Namun orang akan sentiasa ingat yang pertama. Samalah seperti ubat gigi, bila dengar ubat gigi kita akan teringat Colgate. Dalam bisnes ini, apabila orang dengar mengenai supplement jus , orang akan ingat jus monavie malaysia walaupun banyak syarikat yang cuba meniru produk tersebut.

oleh itu apabila orang ingat  supplement Jus Buah-buahan maka orang akan ingat jus monavie dan akan buat perbandingan dengan jus monavie

Berdasarkan sejarah, syarikat yang pertama mengeluarkan sesuatu produk itu mampu menguasai pasaran dan tidak boleh ditandingi oleh syarikat-syarikat baru. Dengan sebab itulah juga, MOnavie telah terbukti berjaya melahirkan ramai jutawan. 

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat MonaVie ini ialah, Syarikat bertaraf 5 bintang dan menduduki tangga nombor 1 di dunia Network Marketing


Setelah beroperasi selama 5 tahun, MonaVie telah memecahkan rekod memasuki pasaran 16 buah negara dan berjaya mencipta kejayaan besar di setiap negara operasi.


MonaVie ditubuhkan pada Januari 2005 di South Jordan Utah, USA dan telah memasuki banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia pada 17 April 2010

Syarikat MonaVie telah mencapai jualan $1 Billon USD hanya dalam masa 3 tahun selepas penubuhannya dengan hanya satu produk sahaja iaitu Jus MonaVie, satu rekod yang  paling pantas dalam sejarah perkembangan syarikat Network Marketing mengatasi Microsoft, Coca-Cola, McDonalds. MonaVie telah mencapai sasarannya sebagai syarikat "Billion Dolar Company" dan kini sedang menuju sasaran sebagai Syarikat Network Marketing Terbesar Di Dunia.

Syarikat MonaVie Malaysia terletak di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF SYARIKAT


Objektif syarikat MonaVie ialah menjadikan syarikat monavie syarikat terbaik untuk dunia dan bukannya syarikat terbaik di dunia untuk kepetingan pemilik syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya


Dallin Larsen ni adalah orang yang bertanggungjawab atas kemunculan Monavie. Monavie maksudnya " the tree of life ". Ujar Dallin Larsen, sejak kecil lagi dia telah dilatih oleh keluarga dia untuk hidup sebagai usahawan. Dia memasuki Universiti pun hasil menjual air batu campur.


    "Sejak dari habis belajar di Universiti, banyak kerja saya buat. Tahun 1988, kawan saya jemput saya jadi pengedar untuk satu syarikat MLM, NuSkin. Dia adalah kawan baik saya sejak dari kecil lagi, namanya Randy Schroeder. Kami membesar bersama. Saya sertainya dan bermulalah kerjaya saya sebagai seorang usahawan. Saya tidaklah banyak menjual, tetapi saya dapat belajar banyak perkara dari industri network marketing ini. Antaranya adalah untuk berjaya dalam bisnes, manusia merupakan faktor yang penting. Kebanyakan kejayaan bisnes adalah disebabkan hubungan antara manusia.      Kemudian pada tahun 1991-2000, saya dipanggil oleh lembaga syarikat USANA, untuk jadi salah seorang dari senior eksekutif dan Board of Director. Saya bertanggungjawab dalam bahagian jualan. Kami berjaya menghasilkan jualan lebih USD 100 juta setahun. Kemudian saya sertai satu syarikat lain sebagai eksekutif juga, tetapi saya keluar dan saya menubuhkan syarikat saya sendiri, Monarch Health Sciences.      Saya, adik saya, Randy Larsen dan juga kawan baik saya Henry Marsh, ahli sukan Olimpik sebanyak 4 kali, kami bertiga berjaya kumpul dana sebanyak USD 2 juta. Kami cuba menghasilkan produk berasaskan diet, tetapi tidak berjaya dan hampir muflis. Saya selalu membuat jenaka, 'ia tidak berjaya kerana saya pendek dan gemuk' (tak sesuai menjual produk diet). Kemudian ada seorang kawan saya memberitahu tentang buah acai beri yang banyak khasiatnya dan salah satu dari super food. Saya buat sedikit kajian di Google, dan saya berpuas hati. Kami minta ahli sains kami untuk menghasilkan Jus Monavie.      Tidak lama sebelum tu, saya berkenalan dengan isteri saya, Carrie. Masa itu Carrie ada empat orang anak, saya pun ada empat orang anak. Kami bersama selama 4 bulan, kemudian Carrie tanya saya, "Now what, are you going to marry me or not?". Kami berkahwin, dan 2 bulan kemudian saya melancarkan syarikat Monavie. Pada permulaan, kami ada banyak masalah. Saya minta tolong pada tuhan, tuhan telah menolong saya, dan saya berjanji untuk menolong orang lain juga. Dalam keadaan kami yang perlu menyara 8 orang anak, kami membuat pinjaman yang kedua untuk memulakan syarikat Monavie.    Kami bersama beberapa orang pengedar yang percaya pada kami memulakan syarikat ini. Saya mengajak adik-beradik saya untuk sertai saya, tetapi mereka tidak berminat, kecuali adik perempuan saya yang ada masalah kewangan. Sekarang ini dia buat lebih USD 1 JUTA setahun. Semasa mesyuarat pembentangan pertama, seramai 500 orang berikrar untuk bersama syarikat Monavie. Apa jadi? Selepas 30 hari, hanya 10 orang sahaja yang tinggal. Tetapi dari 10 orang inilah syarikat ini berkembang sehingga ke 14 negara pada hari ini dengan pengedar seramai lebih 2 juta orang. Dari 10 orang inilah syarikat kami mencapai jualan USD 2.1 BILION dalam masa 5 tahun.      Ada orang kata, 'Leaders never quit'. Bagi saya ini tidak betul. 'Leaders do quit to find the best opportunity'. Dan 'success comes with a price'Saya mengajak anda untuk sertai kami dalam pergerakan Monavie. Dan jika anda tidak berpuas hati, anda boleh buat bisnes di syarikat lain, dan kami tetap bayar anda."Antara kata-kata Dallin Larsen adalah:"God first, Family second, MonaVie third","My goal is not for Monavie to be the BEST COMPANY IN the world, but THE BEST COMPANY FOR the world"


MONAVIE Mendapat Ranking No 1 dalam Majalah Inc500 dalam kategori Food & Beverages.





Semua syarikat yang pernah keluar dalam majalah ini menjadi gergasi dunia selepas 5 tahun cth, Microsoft, Apple, Intel, Nokia dan sebagainya. 27 juta syarikat bertanding untuk keluar dalam majalah ini. MonaVie bukan sahaja bertanding dengan syarikat MLM lain untuk kategori Food and Beverage,  malah bertanding dengan syarikat gergasi seperti Starbuck, Nestle dan sebagainya.

Ranking syarikat Network Marketing seluruh dunia untuk tahun 2009 direkodkan pada 2010. Anda boleh lihat syarikat yang berada di ranking 1 hingga 13, Avon, Amway, Herbalife dan sebagainya itu telah beroperasi lebih dari 30 tahun dalam pasaran, dan Monavie berjaya tempatkan diri di tangga top 15 dalam masa 5 tahun sahaja. Pada sumber tak rasmi yang kami baru dapat untuk tahun 2010 direkodkan pada 2011 mencatatkan Monavie telah naik tangga ke 6.


USAHAWAN MONAVIE MENCATAT PENDAPATAN TERTINGGI BERBANDING DENGAN USAHAWAN-USAHAWAN MLM /NETWORKING YANG LAIN!


Ianya suatu fakta dan pencapaian itu mereka capai dalam masa 5 tahun sahaja, sedangkan usahawan-usahan networking syarikat-syarikat yang lain walaupun turut mencapai pendapatan jutaan ringgit sebulan, tetapi pendapatan itu hanya dikecapi oleh mereka setelah berusaha bertahun-tahun lamanya.



Ini pula dari senarai top 10 penerima pendapatan tertinggi usawahan Network Marketing seluruh dunia. Sungguh mengejutkan bukan? Kami bayangkan individu yang berada di tangga kedua dunia itu telah mempunyai rangkaian yang amat besar memandangkan syarikatnya yang telah berpuluh tahun beroperasi, pastinya yang datang dari syarikat baru 5 tahun ini tidak mampu menandingi keramaian ahli dalam rangkaiannya, namun anda lihatlah sendiri statistik ini, 4 individu dalam senarai top 10 ini datangnya dari syarikat Monavie yang baru berusia 5 tahun.



seterusnya


Malah hampir 50% dari senarai top 500 pendapatan tertinggi Network Marketing dicapai oleh usahawan MonaVie. Tentunya ada sebab-sebab yang tersendiri menyebabkan usahawan-usahawan monavie  begitu mudah mendapat pendapatan yang lumayan dan seterusnya tersenarai sebagai salah seorang dari 500 orang networkers yang mendapat pendapatan tertinggi didunia  NETWORKING.


Jawapannya ialah  kerana Plan Pemasaran MonaVie yang Mantap, Mudah dilaksanakan, Mudah dicapai, saling bantu membantu  dengan adanya sistem yang menerlukan upline yang aktif terus meletakkan tajaan terbaru dibawah  downline sama ada suka atau tidak, terpaksa melakukannya, berbanding dengan sistem lain yang memaksa upline membuka seberapa banyak kaki tanpa  perlu memberi pertolongan kepada downline yang mereka taja.


Dengan kata lain, ianya unik, mudah dan sesuai untuk semua golongan.




a